Friday, 6 September 2013

PENGALAMAN PERJALANAN HAJI SAHABAT BLOGGER

Posted by Unknown at 13:51


Tak lama lagi musim haji bakal tiba, bertuahnya siapa yang sudah atau yang bakal menunaikan haji tidak lama lagi. InshaAllah, tahun depan saya akan kesana untuk buat Umrah dan kemudian akan menunaikan haji. InshaAllah.. Moga Allah izinkan untuk saya menjejakkan kaki kesana.

Seronok sangat baca entry blogger-blogger yang menceritakan pengalaman mereka menunaikan haji-umrah. Allahu, teringin sangat..


Mereka-mereka yang sudah menunaikan haji banyak berkongsi kemanisan, perasaan terharu, sebak ketika mula-mula menjejakkan kaki disana, melihat Kaabah depan mata sendiri. Itu buatkan saya lebih eksaited, jiwa rasa nakkkkk sangat bersolat, bersujud, berdoa disana.. Allah, permudahkanlah.. aminn.

Selain perkongsian perasaan yang bercampur-baur itu juga, ada sahabat blogger saya sempat berkongsi tentang tips tentang kehidupan seharian disana. Wahai bakal para jemaah sekalian, bersiaplah dengan sempurna. Jaga kesihatan!

Mengapa sahabat blogger berkenaan menasihatkan supaya jaga kesihatan? Kerana para jemaah sekalian, ingatlah keadaan disana tidak seperti dinegara kita. Cuaca yang panas kering, berdebu boleh menyebabkan badan lemah dan sakit. Bilangan manusia yang bercampur dari pelbagai negara dan kaum menyebabkan risiko tinggi untuk penyebaran pelbagai penyakit. Bila anda sakit walau hanya batuk, ia akan menganggu ibadat sepanjang menunaikan ibadat tersebut.



Perkongsian sahabat, ibunya tidak dapat adapt dengan cuaca disana menyebabkan ibunya mengalami masalah kesihatan. Batuk-batuk dan demam mengganggu perjalanan menunaikan ibadat, batuk-batuk kemudian terkencing. Kesiannya... Demam menyebabkan badan ibunya lemah dan tidak mampu berjalan jauh, sakit lutut yang sekian lama hilang menjengah kembali setelah berjalan dari hotel ke masjid.

Akhirnya, ibunya hanya mampu berehat di hotel dan tidak dapat menyempurnakan haji dengan sempurna.
Rugi.. tersangat rugi.. Duit dihabiskan beribu-ribu, nak menunggu turutan panggilan haji bukannya senang.
Saya berharap, para jemaah haji yang lain tidak mengalami masalah seperti yang dialami ibu sahabat blogger saya.

Nasihat saya untuk semua bakal jemaah haji supaya jaga kesihatan, amalkan pemakanan yang sihat dan ambil makanan tambahan untuk meningkatkan imuniti badan. Saya nasihatkan juga kepada para anak, supaya habiskan sedikit duit yang tak seberapa nilainya jika hendak dibandingkan dengan kesihatan ibubapa anda untuk menghadiahkan makanan tambahan terbaik untuk mereka bekal disana nanti.

Disini saya sediakan contoh makanan tambahan terbaik yang dipercayai ramai dan kebiasaan diambil oleh para jemaah haji-umrah untuk berbekal disana.



Jika anda inginkan yang terbaik untuk diri sendiri atau ibubapa anda yang tercinta, call/pm/whatsapp saya untuk penjelasan yang lebih detail. Saya doakan bakal jemaah haji sekalian dapat menunaikan haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur. InshaAllah, moga Allah permudahkan..aminn

013-3361614 | 013-3439646


0 comments:

Post a Comment

 

little gift from a big heart Copyright © 2009