Sunday 1 September 2013

COACHING BERSAMA "DR.AZIZAN"

Posted by Unknown at 20:06
Alhamdulillah, selesai pagi tadi coching bersama duplicate Dr Azizan iaitu saudara Firdaus, seorang mentor yang hebat! Haa, kenapa saya kata dia duplicate Dr.Azizan?? Sebab beliau salah seorang 'anak murid' Dr. Azizan dan meniru 100% apa yang Dr. Azizan telah ajar kepada beliau. Dan sekarang, beliau telah berjaya.. Beliau adalah seorang usahawan dan telah menimba ilmu perniagaan online dari Dr, Azizan. Siapa tak kenal Dr, Azizan? Oh sangat rugiii...
ini dia saya perkenalkan Dr. Azizan Osman

Sebagai seorang yang ingin berjaya, kita mesti ada mentor. Mentor itu mestilah seorang yang hebat, supaya setiap langkah kita sentiasa dapat diperbetulkan. Tak mungkin kita berjaya tanpa tunjuk ajar dari orang lain. Ibarat anak kecil  yang belajar berjalan, perlukan ibubapa untuk memimpinnya. Begitulah juga diri kita.

Memang bestttt sangat coaching pagi tadi. banyak ilmu yang saya dapat. Teknik yang paling mahal sekali yang diajar adalah teknik jemput-jemput. Haa, engko ada??? Itu kelebihan Group kami, saling berkongsi, saling membantu, tidak berkira.. "The more you give, the more you get back!" Pegang prinsip tersebut, bila kita bagi, bagi, bagi dan bagi kat orang, inshaAllah Allah akan limpahruahkan lagi rezeki kepada kita.

Coaching pagi tadi banyak memberi inspirasi kepada saya sampai rasa tak sabar nak balik buat tu, buat ni.
Banyak ilmu yang dicurahkan, inshaAllah ia akan membantu saya dan saya akan ajar pula kepada ahli-ahli group saya.
ahli kumpulan khusyuk mendengar tips-tips berbisnes

setiap kesalahan diperbetulkan oleh mentor supaya tidak terus berjalan dengan senget

mentor menunjukkan teknik 'jemput-jemput'

InshaAllah, saya mendoakan diri saya dan semua ahli group berjaya menjadi usahawan yang kaya dan bertaqwa. Kejar dunia WAJIB kejar akhirat sama. inshaAllah!



0 comments:

Post a Comment

 

little gift from a big heart Copyright © 2009