Saturday 21 December 2013

Surirumah Mampu Ubah Hidup

Posted by Unknown at 19:46 0 comments
Assalamualaikum to all readers..

Alhamdulillah, pagi tadi sempat saya hadir ke sesi Aura Magic kat rumah master Zahirah. Anak(downline) saya pom ikut sama. Yang best pasal anak ni, dia yg eager nak jumpa master n timba ilmu. Saya doakan Wani kuat semangat, berjaya dan kaya dunia akhirat. aminn..

Tapi bukan itu yang nak dikongsikan dalam entry ni, yang saya nak kongsikan dalam entry kali ni pasal perkongsian sesama kami sebelum dan selepas menjoinkan diri dalam bisnes Shaklee. Ada sesuatu yang touch hati kecil saya.. Kisah kak Shikin..

Kak Shikin seorang surirumah sepenuh masa, jaga  anak-anak dan ibu mertua yang sakit strok. Hidup mereka takdela senang sangat tapi takdela susah sangat. tapi sebagai isteri nak jugak dia membantu suami tanggung keluarga, beli sesuatu untuk anak-anak pakai duit sendiri. 

Fitrah anak-anak, semua mereka nak. Nak merasa makan sedap-sedap, nak pakai baju baru dan cantik, nak jalan-jalan. Tapi anak-anak tak berani nak minta apa-apa dari kak shikin sebab mereka tahu ibu mereka takde income. Mereka cuma minta dengan abah mereka je. Tapi itu pom  terpaksa tangguh-tangguh.

Segalanya berubah selepas kak Shikin buat bisnes Shaklee. Setiap bulan kak Shikin boleh bantu suami bayar bil-bil, boleh belanja anak-anak baju baru, merasa makan sedap-sedap. Anak- anak pom dah faham. "mama, kakak nak ni.. takpela kakak tunggu mama dapat bonus Shaklee dulu ye." 


Seronok saya dengar, anak-anak kak Shikin mesti seronok, kak Shikin mesti lagi seronok. Yelaa, dapat bantu suami, dapat gembirakan hati anak-anak. Alhamdulillah.. Hidup mereka dah berubah.

Walauppom dah berubah tapi kak Shikin masih boleh menjaga ibu mertua yg sakit dan anak-anak. senangkan bisnes ni..

Saya tahu mesti ramai lagi nak ubah hidup mereka, tapi belum nampak jalan yang betul. Alhamdulillah, hidup kak Shikin berubah dengan bonus Shaklee, hidup anda bagaimana?

Anda taknak merasa bonus sendiri dengan usaha kita sendiri?

Anda masih ragu-ragu dengan bisnes Shaklee?

Anda masih ragu-ragu ingin mengubah hidup?

Tidak yakin dengan diri anda?

Untuk anda, ye.. ANDA..! Sila buang segala sifat negatif, yakin pada diri, mulakan langkah anda sekarang. Tiada siapa yang mampu ubah, kecuali diri anda sendiri.

Jika anda telah yakin ingin memulakan bisnes, terbuka untuk di ajar dan belajar.. jom, saya bantu anda sekarang!

Robbi yassir wala tu'assir.. moga Allah permudahkan jalan kita semua..aminn~

013-3439646 | 013-3361614



Friday 20 December 2013

Diary Disember 2013

Posted by Unknown at 01:41 0 comments
Assalamualaikum readers..

Disember 2013 ni banyak cerita nak kongsi. Tapi disebabkan blog ni sakit tak cukup bitaming (vitamin) semua tertangguh. okeh takpa.. kita cerita sekarang!

1 Dis 2013, cikmanis hepy sangat buat bisnes Shaklee (Shaklee, Healthy & Beauty) sebab closing November dah efektif supervisor dengan sendiri..! Alhamdulillah... rezeki Allah bagi di bulan istimewa. Alhamdulillah, bonus bulan ni sempatlaa nak tanggung family vacation, makan-makan, servis kereta, beli baju..sedekah kena sebut ke tak..?? Bila di sebut katanya riyak, tak sebut katanya tak mensyukuri kejalan yg baik.. syhh diam-diam aja yaa.. auww..auww.!! ;) Aim bulan ni nak naik senior supervisor. InshaAllah!! Permudahkanlah ya Allah....
Alhamdulillah.. bila agak2 nak jadi master eh... hohoho
3 Dis 2013, Happy birthday to cikmanis.. yeahh, genap umo cikmanis yg memang sweeet ni 25 tahun. Baru 25 tahun, mak kata... "Hazuanis, 25 tahun tu muda lagi.. sabar...".. opss, sabar apa mak?? kuikuikui~ tak de apa lah.. gurau-gurau mak dengan anak. hehe
Alhamdulillah, dah 25 tahun cikmanis bernafas, berjalan, mencari pengalaman hidup atas muka bumi Tuhan yang memang banyakkkk sangat tipu daya. Allahurobbi, semakin bertambah umo, semakin banyak pengalaman. Moga cikmanis jadi hamba yg bertaqwa, jauh dari kelalaian dunia.. aminnn

celebrate sekaliguss.. ekceli 3 orang dari kami adik beradik adalah dec baby.. auww
7 Dis 2013, family vacation ke Melaka Negeri Bersejarah... yeayy!! seronokkk beronok-ronok okeyy. Bukan senang nak gathering sefamily anak-beranak pergi melancong bersama, semua masing-masing busy. Alhamdulillah.. Allah bagi peluang ni untuk kami. Thank you Allah.
woww, pengalaman pertama naik jagosss, eh gajoss..! Hafiy seronok lebihhh~

we are food hunterrrr...!! hahahaha, seram takk??

lepak-lepak bersama keluarga, kenangan terindah!

makan lagiiiiii..... ramai kan ahli keluarga kami. hihi
13 Dis 2013, adik jate cikmanis menang MOE Entrepreneural Award mewakili UITM. Alhamdulillah rezeki Allah bagi untuk adik jate Adni Hazimee Adnan yg memang rajin bekerja. Syukur sangat seawal usia adik jate, dia telah pun ada bisnes sendiri, iaitu bisnes KB Burger Bakar. Siapa yg duk area Kota Bharu boleh la try burger tu. heheee
congratss adik jate.

masuk tibi 5 saat




krikk..krikkk... 20 Dis 2013, iaitu esokkkk, cikmanis balik kampung. yeayy..!!! family gathering lagiiii~ sebenarnya ada kisah disebalik kisah terjadinya family gathering lagi weekend ni. Hurmm, alkisahnya rancangan Allah sangat hebat. Apapom, Allah knows well. enjoyyyy time bersama family lagi..! ;)

miss you mak..!


Sekian, entry untuk malam ni.
**psssst.. sebenarnya cikmanis tengah kerja shif malam ni, nasib baik semua patient dah tido, calm je.. boleh laaa bercerita dalam blog hati besar nii.. hehe**

tata, jumpa lagi~



Wednesday 18 December 2013

MENCUBA BUKAN HANYA DENGAN SEKALI

Posted by Unknown at 10:39 0 comments
kriikk..krikk..

Entry dimulakan dengan soalan...

Agak-agak masa zaman sekolah dulu takde homework, takde exam, takde latihan kita boleh berjaya tak..?

Agak-agak founder resepi ayam goreng paling pemes kat dunia ni sekali buat terus sedap sampai menjilat jari ke?

Agak-agak pereka cipta telefon dulu sekali buat terus jadi telefon kaaa..??

Soalan last..very common, agak-agak masa kita kecik dulu kita terus boleh berjalan ke?




So, kalau kita memang dah tahu jawapan kepada setiap soalan kenapa hari ini kita harus give up. No. no, no.. Yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Itulah kejayaan, kalau tidak berusaha ia tidak akan datang kepada kita.

Bukankah Allah telah menyatakan: “Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya”

Kita ambil satu contoh..


Pengasas resipi KFC, Kolonel Sanders memulakan perniagaan semasa berusia 60 tahun. Umur yang agak lewat berbanding kita serta pembaca-pembaca lain, mungkin.. Beliau menerima bantuan RM380 daripada Tabung Sosial, dan dengan duit itulah beliau mula merasakan perlu melakukan sesuatu.
 
Ketika mula memperkenalkan resipi ayam keluarganya, pakcik Kolonel tu tak pernah putus asa mengetuk pintu dari rumah ke rumah untuk menjual dan mendapat pelanggan yang pertama. Yang pertama okey, bukan menambah pelanggan.

Beliau juga ke 100 lebih buah restoran dan ditolak oleh pemilik restoran kerana tidak yakin dengan resepi tersebut. Namun kini, restoran KFC tu hanya di depan rumah anda. Tak perlu dijual kesana sini, tapi kita yang mencari KFC.

Bagaimana dengan kita? Takkan hanya dengan sekali, 3 kali, 10 kali gagal,  kita terus putus asa??
Sikap putus asa tidak akan menjadikan kita lebih baik, namun ia akan meletakkan kita di tempat paling corot.

Sangat memberi inspirasi cerita tadi kepada cikmanis. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Kalau cita-cita yang dulu tidak tercapai, kenapa hari ni nak biarkan jalan kepada cita-cita yang sedia terbuka menjadi semak samun dan tertutup?

Alhamdulillah. Cikmanis dah berada di jalan ni, yang perlu hanya usaha. Dah ramai orang mencipta kejayaan melalui jalan ni, kenapa nak dibiarkan..Usaha perlu berganda-ganda untuk mendapat hasil yang berganda-ganda.

Cikmanis takmau dah hidup sempit walau bekerja bulan-bulan dapat gaji. Cikmanis takmau dah bagi mak abah hanya 2,3 ratus sebulan. Cikmanis takmau dah tengok orang lain ja berjaya. Cikmanis pom kena berjaya!

Sebelum ni, dah banyak yang cikmanis lalui walau tidak seteruk yang lain. Dah  banyak kata-kata negatif yang cikmanis singkirkan, dah ramai orang-orang negatif yang cikmanis positifkan untuk terima diri cikmanis sebagai 'penjuai obat'.

Dah ramai customer yang mula percaya kepada cikmanis, dah ramai yang mula mencari walau kita tidak mencari. Alhamdulillah.

Walaupom masih ada customer yang main-main, orang-orang yang tidak memberi sokongan, kata-kata sindiran, itu semua kita harus buat sebagai nasihat kepada diri. Cikmanis takkan mengiyakan kata-kata negatif mereka,  takkan merasa rendah diri.

Kata dalam diri, " Mereka yang gagal sahaja yang sentiasa negatif dan berputus asa. Orang positif pasti akan bangkit dan berjaya. Belum pernah ada walau satu pom cerita dongeng, fakta, atau kisah benar yang mana orang putus asa yang berjaya. Yang ada hanyalah ORANG POSITIF DAN TIDAK PUTUS ASA PASTI BERJAYA"

Cikmanis mohon doa dari semua orang.

"Moga Adni Hazuanis binti Adnan jadi orang yang berjaya, kaya dunia dan akhirat, jadi insan yang memberi nilai kepada masyarakat, mampu berbakti kepada semua. ameeen, ya Rabb"
Robbi yassir, wala tu'assir..

"if you never give up, you will be successful - Dan O'Brien"


Tuesday 17 December 2013

Azean Irdawaty meninggal akibat barah

Posted by Unknown at 21:29 0 comments
Pelakon popular seniwati Azean Irdawaty Meninggal Dunia sebentar tadi di PPUM. Al-fatihah di ucapkan.

Azean Irdawaty Meninggal Dunia telah disahkan oleh anak buahnya yang menupdate keadaan makciknya itu telah pergi buat selama-lamanya.

Terdahulu, Azean telah tenat di PPUM petang tadi. Arwahyarhamah berumur 63 tahun meninggal jam 8.28 malam tadi. Azean Irdawaty Meninggal Dunia akibat derita barah yang sekian lama dihidapinya.. AL- FATIHAH.

 sumber: http://hotlips-yuya.blogspot.com/2013/12/azean-irdawaty-meninggal-dunia.html

testing 3,2,1..

Posted by Unknown at 21:07 0 comments
testing..
testing..
3,2,1..
testing...
1,2,3..

ehemm..!

Assalamualaikum. Wah.. dh lama tak update blog. Aritu blog ni ada problem.
Bukak je blog comey ni, terus ketaq2 mcm parkinson. Blog ni tak cukup vitamin kot nahh.
ekekekeke... cik manis bukan reti sangat bab blog ni. Buta IT. hoho~

Tapi sekarang Alhamdulillah.. nampak macam dah okeyyyyy jaa..
Blog jangan buat hal lagi yep!


 

little gift from a big heart Copyright © 2009