Wednesday 9 July 2014

Dimana Air Mata ku?

Posted by Unknown at 15:54 0 comments
Allah.. Allah... Allah..

Dikala hati kering, jiwa kontang,
terasa sangat kosong.

Pandang kiri, tak de..
Pandang kanan, tak de..
Apa yang aku cari?
Apa yang aku inginkan?

Dimana Air mataku??
Dimana Air mataku??

Allah..

DI saat aku berteleku di sejadah,
jemariku membilang butiran tasbih,
Tapi...
Dimana air mataku??

Saat aku ingin menangis,
menangis hanya keranaMu,
Dimana air mataku..??

Mengapa tiba-tiba kolam jiwaku kering,
Mengapa tiba-tiba kolam airmataku kontang,
setitis pun tiada!

Allah.... Allah... Allah...

Lembutkan lah hati ini.
Banjirikanlah kolam air mata ini.
HAnya dengan mengingatiMu!

Sunday 18 May 2014

PROSES BUANG KARAT

Posted by Unknown at 12:49 0 comments


Assalamualaikum all readers ;)

Entry kali ni cikmanis nak cerita pasal healing crisis atau krisis pemulihan atau bahasa orang kampong cikmanis panggil proses nak baikpulih.

Sejak cikmanis aktif berbisnes dengan SHAKLEE ni, alhamdulillah ramai customer cikmanis bagi feedback yang SANGAT POSITIF & MENGGALAKKAN.. hati pink cikmanis kata, "Alhamdulillah.. ramai orang yang dapat aku bantu untuk lebih menyihatkan lagi kehidupan seharian mereka. Alhamdulillah.."

Tapi…. Bukan selalu pelangi yang keluar, ada jugak hujan, rebut petir yang dating… hehe, deorang mesej…:

"Kenapa sejak ambil Vitamin E ni jerawat saya makin naik?"


"Kenapa saya kerap buang air besar sejak makan Alfalfa ni?"


"Kenapa kepala saya pening / sakit pastu macam loya2 lepas makan vitamin ye?"


"Kenapa saya rasa macam badan makin naikkk je lepas ambik set slimming SHAKLEE ni ye?"


Relaxxx…. Chilll semuaaa~

Meh cikmanis explain...

Haaaa… itulah sebenarnya yang anda sedang alami…..iaitu, PROSES MEMBAIKPULIH.
Apakah itu….??

Dalam bahasa yang mudah, ia adalah proses untuk buang semua benda kotor dalam badan dan bina semula sel badan yang rosak.

Dalam proses menyah toksin inilah anda akan mengalami symptom yang membuatkan uolss semua rasa geram, nak marah dan tidak selesa.

Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Kenapa HEALING CRISIS berlaku apabila kita mengambil makanan tambahan (supplement)??

Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. 

Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. 

Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. 

Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

HEALING CRISIS sebenarnya adalah satu petanda yang baik tau..

Ada sesetengah kita yang akan mengalami simptom-simptom ini seawal sehari dua selepas memulakan pemakanan supplement/vitamin.. ada juga yang mengalaminya selepas 2-3 bulan pengambilan supplement/vitamin.. it depends..

Jom kita tengok apakah simptom-simptom healing crisis yang berlaku serta apakah penyebabnya:


 So, sekarang uolss pom dah tau kenapa jadi macam tu and apa itu healing crisis...

EXCLUSIVE untuk anda..!!

Sebarang pertanyaan boleh direct contact cikmanis yaa ;)

013-343 9646 | 013-336 1614

Tuesday 25 March 2014

JALAN KEJAYAAN ATAU SEBALIKNYA??

Posted by Unknown at 12:55 0 comments
Assalamualaikum wbt.

Cikmanis nak bebel kat diri sendiri tengahari ni. Yelah, kenapa entah rasa malas sangat. Mood taktau kemana. Haihh, apo nok jadi ni jangg~

Sendiri fikir, sendiri muhasabah, sendiri cakap kat diri sendiri, sendiri bebel...

Kesiaaaannnnn....kesian kat diri sendiri sebab malas. Haihh, jalan dah ada, kenapa malas sangat nak angkat kaki dan teus berjalan??

Cuma jalan je, kutip bunga bunga tepi jalan untuk dihias hujung jalan. Allahu.. Allah bantu orang yang nak berjaya, tapi kalau diri sendiri tak mampu tolong diri sendiri, acanerr??

Terjun masuk gaung lah senang!

Man jadda wajada. Siapa berusaha dia berjaya. Come on babe!

Bangun, buka mata, segarkan minda, teruskan perjalanan. Jangan berhenti di pertengahan jalan, silap-silap kena langgar lori nanti!

Sendiri pilih inginkan jalan kejayaan atau sebaliknya.
Untuk mencapai kejayaan. Mesti ada impian dan cita-cita.

Apa cita-cita kita? Tanya diri. Apa aku nak sebenarnya? Apa impian aku...

  • kehidupan yang mewah, senang.
  • free financial. orang mintak duit boleh kasi bila2 masa je.
  • orang mintak tolong boleh tolong bila-bila masa je.
  • bagi mak abah senang. monthly boleh bagi rm2k. biar mak bapak aku senang pulak. dorang lama dah susah.
  • nak p mekah. wajib p!
  • bagi kebahagiaan untuk anak2 dan suami.
  • no money no love. hohh?? yess!
  • nak jadi ladyboss!!! monitor pekerja dari rumah je!
Haihhhh, cepatlahhhh kaya!! eh, nak kaya tapi takmo usaha??

ketuk diri sendiri :D

Saturday 22 March 2014

LET'S MAKE A MOVE

Posted by Unknown at 12:16 0 comments
haloooo, Assalamualaikum uolsss! ;)



Now, cikmanis ada kat kampung! Emmmphh segar nyaman udara kat sini aih! Kat KL dah puas duk sedut jerebu, kali ni balik rehat kat kampung!

Balik ni sat jaa, 3hari only! tak dapet nak cuti lama2, sebab nanti nak apply cuti lamaaaaaa... hewhew :D

Sementara cuti ni, tak buat apa, update diri, update blog yang tak berapa aktif, update bussiness mind!

Oh hoooo.. Bussiness! Aduii semenjak dua menjak ni, bisnes dah di 'anaktiri'kan. Ampunkan mommy yaa, terlalu sibuk dengan kerja hakiki, terpaksa letak tepi kejap.

Tapi mommy tak tinggal pom bisnes ni, jangan risauuuu!

Okay, let's make a move dear bussiness!

#Alhamdulillah.

Sekarang ni cikmanis tengah siapkan modul untuk coaching anak2 nanti. So, senang. Modul buat sendiri. Special punye untuk buah hati anak2ku sayang! hehe

Semangat sikit nak buat coaching bagi anak2 pahammmm apa itu bisnes ni. Usaha ni, tapi kalau anak2 nak duk takok lama jugak, mommy xleh nak pushhh lebih dah.

'Lantaklah kau labu...kesiann.~', itu je yang mommy leh lafazkan.

oke2, cukup! Takmo merapu lebih.

Cikmanis nak sambung buat kerja. Bismillah...
ni gambar petang semalam, cikmanis bawak anak sedara p tengok 'epeng' kat airport. [epeng=airplane]


Saturday 8 February 2014

TO-DO-LIST

Posted by Unknown at 09:48 0 comments
Good morning everyone!

Selamat berhujung minggu.

Short topic and short description for today!

TO-DO-LIST.

Okay, weekend ni apa plan korang yaa..

Duk rumah saja?
Keluar dengan buah hati?
Keluar dengan member?
Kemas rumah?
Termenung depan pc?

Ohss, Cmon lah all babiesss.... jom fikir, sehari ni nak buat apa ya.

Jangan buang masa! Jangan bazir usia anda!

sehari hari makin bertambah, and kita masih belum buat apa2..

What a rubbish person! opsss~

Jom ubah sekarang! let's list what to do.

Set target, apa yang kita nak selesaikan hari ni.

At least kalau kita tidak mampu siapkan semua dalam masa sehari ni, kita telah siapkan sebahagian.

kan kan kan??

Allah tidak suka hambaNya yang membuang masa dengan lagha. Dan ramai antara kita masih tenggelam dalam masa.



 "Demi masa (`asar) sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang saling wasiat mewasiatkan dalam perkara benar dan (memerlukan) sabar" [Surah al-`Ashr (103)]

Rugi.. sangat rugi..

So, sekarang jom list kan apa yang anda nak buat dan target anda hari ni..!!

1) Pastikan target yang pertama adalah solat  cukup 5 waktu di awal waktu ;)
2)...
3)...


Semoga hari anda diberkatiNya ;)

with love,
cikmanis






Saturday 11 January 2014

Wahai Jiwa Yang Tenang

Posted by Unknown at 00:07 0 comments
Assalamualaikum to all readers,

Malam yang damai dan sejukkk sangat ni, jom kita cuci hati dengan bicara penuh hikmah most inspired lady, Prof Muhaya.

Cikmanis memang terinspirasi sangat dengan setiap butir bicara Prof, sangat mahal, sangat bererti, mampu mencairkan hati, melembutkan hati yang keras. MashaAllah, kurniaan dari Allah.

Alhamdulillah, Allah telah meminjamkan kepada kita semua seorang wanita hebat yang sangat memberi inspiasi kepada semua orang.

Moga Prof Muhaya terus menjalankan dakwah mengikut corak pilihannya.

Lumrah manusia kadang-kadang hati berkeladak, semalam satu insiden buatkan hati cikmanis sangat tidak tenang. Allahu, nak di marah-marah cikmanis tahu itu bukan cara yg betul. Nak stay positive, tapi lumrah manusia hati sgt lemah. Memberi impak hati keluh kesah buatkan cikmanis cari jalan tengok wanita ini berbicara. Alhamdulillah.. hilang keluh kesah.. Biiznillah

Jemput tengok..


 

little gift from a big heart Copyright © 2009