Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

Tuesday, 25 March 2014

JALAN KEJAYAAN ATAU SEBALIKNYA??

Posted by Unknown at 12:55 0 comments
Assalamualaikum wbt.

Cikmanis nak bebel kat diri sendiri tengahari ni. Yelah, kenapa entah rasa malas sangat. Mood taktau kemana. Haihh, apo nok jadi ni jangg~

Sendiri fikir, sendiri muhasabah, sendiri cakap kat diri sendiri, sendiri bebel...

Kesiaaaannnnn....kesian kat diri sendiri sebab malas. Haihh, jalan dah ada, kenapa malas sangat nak angkat kaki dan teus berjalan??

Cuma jalan je, kutip bunga bunga tepi jalan untuk dihias hujung jalan. Allahu.. Allah bantu orang yang nak berjaya, tapi kalau diri sendiri tak mampu tolong diri sendiri, acanerr??

Terjun masuk gaung lah senang!

Man jadda wajada. Siapa berusaha dia berjaya. Come on babe!

Bangun, buka mata, segarkan minda, teruskan perjalanan. Jangan berhenti di pertengahan jalan, silap-silap kena langgar lori nanti!

Sendiri pilih inginkan jalan kejayaan atau sebaliknya.
Untuk mencapai kejayaan. Mesti ada impian dan cita-cita.

Apa cita-cita kita? Tanya diri. Apa aku nak sebenarnya? Apa impian aku...

  • kehidupan yang mewah, senang.
  • free financial. orang mintak duit boleh kasi bila2 masa je.
  • orang mintak tolong boleh tolong bila-bila masa je.
  • bagi mak abah senang. monthly boleh bagi rm2k. biar mak bapak aku senang pulak. dorang lama dah susah.
  • nak p mekah. wajib p!
  • bagi kebahagiaan untuk anak2 dan suami.
  • no money no love. hohh?? yess!
  • nak jadi ladyboss!!! monitor pekerja dari rumah je!
Haihhhh, cepatlahhhh kaya!! eh, nak kaya tapi takmo usaha??

ketuk diri sendiri :D

Saturday, 8 February 2014

TO-DO-LIST

Posted by Unknown at 09:48 0 comments
Good morning everyone!

Selamat berhujung minggu.

Short topic and short description for today!

TO-DO-LIST.

Okay, weekend ni apa plan korang yaa..

Duk rumah saja?
Keluar dengan buah hati?
Keluar dengan member?
Kemas rumah?
Termenung depan pc?

Ohss, Cmon lah all babiesss.... jom fikir, sehari ni nak buat apa ya.

Jangan buang masa! Jangan bazir usia anda!

sehari hari makin bertambah, and kita masih belum buat apa2..

What a rubbish person! opsss~

Jom ubah sekarang! let's list what to do.

Set target, apa yang kita nak selesaikan hari ni.

At least kalau kita tidak mampu siapkan semua dalam masa sehari ni, kita telah siapkan sebahagian.

kan kan kan??

Allah tidak suka hambaNya yang membuang masa dengan lagha. Dan ramai antara kita masih tenggelam dalam masa.



 "Demi masa (`asar) sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang saling wasiat mewasiatkan dalam perkara benar dan (memerlukan) sabar" [Surah al-`Ashr (103)]

Rugi.. sangat rugi..

So, sekarang jom list kan apa yang anda nak buat dan target anda hari ni..!!

1) Pastikan target yang pertama adalah solat  cukup 5 waktu di awal waktu ;)
2)...
3)...


Semoga hari anda diberkatiNya ;)

with love,
cikmanis






Saturday, 11 January 2014

Wahai Jiwa Yang Tenang

Posted by Unknown at 00:07 0 comments
Assalamualaikum to all readers,

Malam yang damai dan sejukkk sangat ni, jom kita cuci hati dengan bicara penuh hikmah most inspired lady, Prof Muhaya.

Cikmanis memang terinspirasi sangat dengan setiap butir bicara Prof, sangat mahal, sangat bererti, mampu mencairkan hati, melembutkan hati yang keras. MashaAllah, kurniaan dari Allah.

Alhamdulillah, Allah telah meminjamkan kepada kita semua seorang wanita hebat yang sangat memberi inspiasi kepada semua orang.

Moga Prof Muhaya terus menjalankan dakwah mengikut corak pilihannya.

Lumrah manusia kadang-kadang hati berkeladak, semalam satu insiden buatkan hati cikmanis sangat tidak tenang. Allahu, nak di marah-marah cikmanis tahu itu bukan cara yg betul. Nak stay positive, tapi lumrah manusia hati sgt lemah. Memberi impak hati keluh kesah buatkan cikmanis cari jalan tengok wanita ini berbicara. Alhamdulillah.. hilang keluh kesah.. Biiznillah

Jemput tengok..


Wednesday, 18 December 2013

MENCUBA BUKAN HANYA DENGAN SEKALI

Posted by Unknown at 10:39 0 comments
kriikk..krikk..

Entry dimulakan dengan soalan...

Agak-agak masa zaman sekolah dulu takde homework, takde exam, takde latihan kita boleh berjaya tak..?

Agak-agak founder resepi ayam goreng paling pemes kat dunia ni sekali buat terus sedap sampai menjilat jari ke?

Agak-agak pereka cipta telefon dulu sekali buat terus jadi telefon kaaa..??

Soalan last..very common, agak-agak masa kita kecik dulu kita terus boleh berjalan ke?




So, kalau kita memang dah tahu jawapan kepada setiap soalan kenapa hari ini kita harus give up. No. no, no.. Yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Itulah kejayaan, kalau tidak berusaha ia tidak akan datang kepada kita.

Bukankah Allah telah menyatakan: “Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya”

Kita ambil satu contoh..


Pengasas resipi KFC, Kolonel Sanders memulakan perniagaan semasa berusia 60 tahun. Umur yang agak lewat berbanding kita serta pembaca-pembaca lain, mungkin.. Beliau menerima bantuan RM380 daripada Tabung Sosial, dan dengan duit itulah beliau mula merasakan perlu melakukan sesuatu.
 
Ketika mula memperkenalkan resipi ayam keluarganya, pakcik Kolonel tu tak pernah putus asa mengetuk pintu dari rumah ke rumah untuk menjual dan mendapat pelanggan yang pertama. Yang pertama okey, bukan menambah pelanggan.

Beliau juga ke 100 lebih buah restoran dan ditolak oleh pemilik restoran kerana tidak yakin dengan resepi tersebut. Namun kini, restoran KFC tu hanya di depan rumah anda. Tak perlu dijual kesana sini, tapi kita yang mencari KFC.

Bagaimana dengan kita? Takkan hanya dengan sekali, 3 kali, 10 kali gagal,  kita terus putus asa??
Sikap putus asa tidak akan menjadikan kita lebih baik, namun ia akan meletakkan kita di tempat paling corot.

Sangat memberi inspirasi cerita tadi kepada cikmanis. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Kalau cita-cita yang dulu tidak tercapai, kenapa hari ni nak biarkan jalan kepada cita-cita yang sedia terbuka menjadi semak samun dan tertutup?

Alhamdulillah. Cikmanis dah berada di jalan ni, yang perlu hanya usaha. Dah ramai orang mencipta kejayaan melalui jalan ni, kenapa nak dibiarkan..Usaha perlu berganda-ganda untuk mendapat hasil yang berganda-ganda.

Cikmanis takmau dah hidup sempit walau bekerja bulan-bulan dapat gaji. Cikmanis takmau dah bagi mak abah hanya 2,3 ratus sebulan. Cikmanis takmau dah tengok orang lain ja berjaya. Cikmanis pom kena berjaya!

Sebelum ni, dah banyak yang cikmanis lalui walau tidak seteruk yang lain. Dah  banyak kata-kata negatif yang cikmanis singkirkan, dah ramai orang-orang negatif yang cikmanis positifkan untuk terima diri cikmanis sebagai 'penjuai obat'.

Dah ramai customer yang mula percaya kepada cikmanis, dah ramai yang mula mencari walau kita tidak mencari. Alhamdulillah.

Walaupom masih ada customer yang main-main, orang-orang yang tidak memberi sokongan, kata-kata sindiran, itu semua kita harus buat sebagai nasihat kepada diri. Cikmanis takkan mengiyakan kata-kata negatif mereka,  takkan merasa rendah diri.

Kata dalam diri, " Mereka yang gagal sahaja yang sentiasa negatif dan berputus asa. Orang positif pasti akan bangkit dan berjaya. Belum pernah ada walau satu pom cerita dongeng, fakta, atau kisah benar yang mana orang putus asa yang berjaya. Yang ada hanyalah ORANG POSITIF DAN TIDAK PUTUS ASA PASTI BERJAYA"

Cikmanis mohon doa dari semua orang.

"Moga Adni Hazuanis binti Adnan jadi orang yang berjaya, kaya dunia dan akhirat, jadi insan yang memberi nilai kepada masyarakat, mampu berbakti kepada semua. ameeen, ya Rabb"
Robbi yassir, wala tu'assir..

"if you never give up, you will be successful - Dan O'Brien"


Thursday, 12 September 2013

The More You Give..The More You Get Back

Posted by Unknown at 08:47 0 comments
Sabda Nabi SAW: “Tiadalah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah,” (riwayat Muslim). 


Alhamdulillah.. Masuk lagi bonus bulan kedua. Usaha sikit, sikitlah hasilnya. Usaha banyak, Banyak lah hasilnya. Alhamdulillah, bonus bulan ni menyamai sebulan gaji saya sebagai 'misi'!! Bukan nak menunjuk, bukan nak riak. Saya cuma ingin membakar semangat orang-orang yang diluar sana yang masih ragu-ragu untuk berbisnes!

Kenapa masih ragu?? 9/10 rezeki itu adalah dari perniagaan. Yakin lah! Rezeki itu dari Allah, tapi usaha itu perlu bersungguh-sungguh. Allah tidak akan beri rezeki kepada yang tidak berusaha. Allah tunjukkan jalan, kita sendiri harus berusaha mencarinya. 

Jadilah orang yang mampu menambah nilai hidup orang lain. Apa ertinya kita hidup andai kita tidak mampu untuk membantu orang yang memerlukan?? Sejujurnya saya sangat sedih, terkilan apabila melihat kesusahan orang lain yang betul-betul memerlukan tapi saya tidak mampu untuk membantu. 



Di akui, hasil pendapatan bulanan yang kita dapat memang cukup. Tetapi hanya cukup untuk diri kita. Bagaimana kita ingin menambah nilai hidup orang lain kalau kita sendiri sekadar cukup? Alhamdulillah. Bila kita ada lebih, kita mampu bagikan sedikit dengan orang lain tanpa memudaratkan kita. 

Bak kata sifu, Dr.Azizan Osman, 'the more you give, the more you get back!'.  Yep!! Bila kita ada, kita mampu, berbagilah dengan orang lain.. Allah tidak akan kurangkan rezeki kita.. Malah ia akan menambahkan lagi rezeki untuk kita..

Berbalik kepada persoalan tadi, bagaimana kita nak berbagi kalau pendapatan kita hanya sekadar cukup?? 
Ayuhhh, mulakan langkah sekarang.. Niatkan dalam hati untuk membantu orang. InshaAllah, Allah permudahkan jalan. 

Sampai bila harus menunggu?? Jalan telah ada, mulakan langkah anda sekarang!! 

WIT LOVE,
CIK MANIS


SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
(ID:989451)
013-3439646 | 013-3361614


*wanna join us? just feel free and comfy to pm/wasup me. Let's start bussiness!! Let's make more money.


Ramai peniaga, pasaran tepu??

Posted by Unknown at 08:09 0 comments
Saya terbaca something yang membakar lagi semangat saya untuk terus berbisnes dan saya nk share dengan semua pembaca. Thanks to Master Hafsah kongsikan dalam secret group kami, dan artikel ni credt to kaklong Nuzula.

-------------------------------part1

Mengikut apa yg pernah saya baca drp Irfan Khairi, bila ramai yg jual sesuatu produk tu, ia mencetus fenomena. Maksudnya makin ramai orang kenal & makin ramai orang akan beli. Ini adalah satu kelebihan. Orang yg asalnya taktau & tak bercadang nak beli pun akan beli sbb ramai orang beli & ramai orang bercakap ttg produk tu. Jadi tak ada masalah pun dgn persaingan bila ramai orang jual produk yg sama (panjang lg kalau nak hujahkan psl ni). 

Contoh mudah mcm Quran digital dulu, baju fesyen peplum, durian crepe, bedak arab dsb yg mencetus fenomena. Agak2 makin ramai tak pembeli bila semua orang tahu & sedar kewujudan produk2 itu di pasaran? Walaupun dah ramai penjual, pembeli tetap ramai kan? Secara logik atau nak kata secara psikologinya pun orang lebih yakin bila ramai yg beli/ ramai dah guna produk tu & wujud ramai return customer.

Sy sangat yakin pada rezeki Allah SWT, sekalipun kita memasuki pasaran tepu & hampir tepu, kalau Allah dah tulis rezeki kita di situ, ia tetap rezeki kita. Tak ada siapa boleh ambil!

Bak kata Sifu Kak Reni Bt Rahmat ramai yg berjaya walaupun memasuki pasaran tepu...

Lagi satu bab tepu ke tak tepu ni, SIAPA yg mengizinkan TEPU atau TAK TEPU? Bukankah semua dgn izin ALLAH? Kalau masuk pasaran tak tepu/ takde orang lain yg jual pun, kalau Allah tulis bukan rezeki kita, tak dapat jual jugak? 

*Pada saya Shaklee masih mempunyai PELUANG & PASARAN yg sangat besar di Malaysia. Insya Allah takkan tepu sbb ia produk evergreen, bukan produk yg bermusim (ikut musim). Hangat semusim lps tu takde. Kalau pasaran hampir tepu sekalipun, pasaran Indonesia masih sangat besar sbb Shaklee baru jer tahun lepas melebarkan sayap ke Indon & leader2 kami pun dah sampai ke Indon. Indon ada brp ratus juta org? Tak lupa juga pasaran Singapore & Brunei utk ditakluki. Mmg ada permintaan dari sana...

--------------------------- part 2

Pada saya Shaklee masih mempunyai PELUANG & PASARAN yg sangat besar di Malaysia. Insya Allah takkan tepu sbb produk dia evergreen.. sentiasa memenuhi keperluan, sejak wujud hampir 100 tahun yg lalu dan bukan produk yg bermusim (ikut musim). Hangat semusim lps tu takde. 

Kalau pasaran hampir tepu sekalipun, pasaran Indonesia masih sangat besar sbb Shaklee baru jer tahun lepas meluaskan pasaran ke Indon & leader2 kami pun dah melebarkan sayap ke Indon. Indon ada brp ratus juta org? Tak lupa juga pasaran Singapore & Brunei utk ditakluki. Mmg ada permintaan dari sana.

Sekali fikir, mcmana pasaran boleh tepu? Sedangkan produk kecantikan & kesihatan yg sentiasa tumbuh bagaikan cendawan lps hujan, hari2 ada produk baru ni pun ada pelanggan mereka.. kalau pasaran produk kesihatan & kecantikan dah tepu, takkan makin banyaknya iklan dalam majalah Mingguan Wanita 

Lagi satu, kalau ikut logik pun takkan tepu sbb pengguna akan tetap ada.. tiap2 hari ada orang kawin, mengandung, bersalin.. lps tu mengandung lagi. yg kanak-kanak menjadi remaja, yg remaja menjadi dewasa & yg dewasa menjadi tua, sangat perlukan produk kesihatan. 

Shaklee mcm jugak org meniaga makanan... ada ke pasaran pernah tepu? Mcm orang jual kain di bazar, beratus2 orang jual kain dlm satu bangunan. 

So tak perlu teragak-agak utk menyertai kami bersama Shaklee hari ini. Kalau ramai, ramai la yg jual. Kenapa takut pada persaingan kalau rezeki Allah dah tulis, tetap ada utk smua yg berusaha?


Sunday, 8 September 2013

SOLAT SUNAT TAHAJUD

Posted by Unknown at 22:28 0 comments
Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian  besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)


Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”


Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat  malam!” (Hadis Riwayat Muslim).

Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).

Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku,“Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).

Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”

Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).

‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
Wassalam.

Saturday, 7 September 2013

TIPS BISNES ONLINE PERCUMA!!

Posted by Unknown at 11:45 0 comments
Haaaa.. anda, anda dan anda semuaa asyik tanya saya kan  macam mana cara nak buat bisnes online ni.
Mari..mari.. saya kongsikan kepada anda secara percuma.. 

Tak susah, anda cuma perlu download dan baca je! Dalam tuh ada banyakkkkkk sangat tips, motivasi dan teknik untuk berbisnes secara online dengan mudah dan jayanya. Haa, dari situ la jugak saya belajar teknik berbisnes ni.

Alhamdulillah.. Saya sudah mula nampak jalan untuk berjaya dalam bisnes online ni. 
>>> klik gambar untuk DOWNLOAD <<<

Ia sebuah buku motivasi, di penuhi dengan kisah pengajaran, jatuh bangun seorang usahawan dalam perniagaan sebelum beliau berjaya. Pelbagai tips perniagaan, rahsia untuk berjaya dengan mudah, bagaimana memulakan perniagaan, memilih jenis perniagaan di Malaysia dan banyak lagi.

Ebook ini diberikan percuma kerana penulis mahu lebih ramai yang berjaya selepas ini. Mengubah hidup daripada biasa-biasa kepada hidup luar biasa.

Bacalah, hayatilah dan ambillah pengajaran daripada kisah ini. Saya pasti, ia akan membakar semangat anda untuk berjaya dalam kehidupan anda di dunia dan di akhirat.


Mungkin!!! Ebook ini dapat mengubah kehidupan anda?
Mungkin!!! Anda akan menjadi usahawan yang berjaya, dengan income 20-30K sebulan? Ye, ANDA!!!


Setebal 144 muka surat. Padat dengan nasihat, motivasi dan pengajaran yang boleh dipelajari oleh kita semua.


Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Dapatkan EBOOK ini secara percuma di : 



"jangan berniaga untuk kaya semata, berniagalah untuk menambahnilai hidup orang lain"

-Dr. Azizan Osman-

InshaAllah, saya akan! InshaAllah kita akan. jom sama-sama berjanji ;)


013-3439646 | 013-3361614
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
(ID:989451)

Sunday, 1 September 2013

COACHING BERSAMA "DR.AZIZAN"

Posted by Unknown at 20:06 0 comments
Alhamdulillah, selesai pagi tadi coching bersama duplicate Dr Azizan iaitu saudara Firdaus, seorang mentor yang hebat! Haa, kenapa saya kata dia duplicate Dr.Azizan?? Sebab beliau salah seorang 'anak murid' Dr. Azizan dan meniru 100% apa yang Dr. Azizan telah ajar kepada beliau. Dan sekarang, beliau telah berjaya.. Beliau adalah seorang usahawan dan telah menimba ilmu perniagaan online dari Dr, Azizan. Siapa tak kenal Dr, Azizan? Oh sangat rugiii...
ini dia saya perkenalkan Dr. Azizan Osman

Sebagai seorang yang ingin berjaya, kita mesti ada mentor. Mentor itu mestilah seorang yang hebat, supaya setiap langkah kita sentiasa dapat diperbetulkan. Tak mungkin kita berjaya tanpa tunjuk ajar dari orang lain. Ibarat anak kecil  yang belajar berjalan, perlukan ibubapa untuk memimpinnya. Begitulah juga diri kita.

Memang bestttt sangat coaching pagi tadi. banyak ilmu yang saya dapat. Teknik yang paling mahal sekali yang diajar adalah teknik jemput-jemput. Haa, engko ada??? Itu kelebihan Group kami, saling berkongsi, saling membantu, tidak berkira.. "The more you give, the more you get back!" Pegang prinsip tersebut, bila kita bagi, bagi, bagi dan bagi kat orang, inshaAllah Allah akan limpahruahkan lagi rezeki kepada kita.

Coaching pagi tadi banyak memberi inspirasi kepada saya sampai rasa tak sabar nak balik buat tu, buat ni.
Banyak ilmu yang dicurahkan, inshaAllah ia akan membantu saya dan saya akan ajar pula kepada ahli-ahli group saya.
ahli kumpulan khusyuk mendengar tips-tips berbisnes

setiap kesalahan diperbetulkan oleh mentor supaya tidak terus berjalan dengan senget

mentor menunjukkan teknik 'jemput-jemput'

InshaAllah, saya mendoakan diri saya dan semua ahli group berjaya menjadi usahawan yang kaya dan bertaqwa. Kejar dunia WAJIB kejar akhirat sama. inshaAllah!



Saturday, 31 August 2013

MERDEKA DAY & CLOSING OGOS 2013

Posted by Unknown at 09:01 0 comments


Merdeka!!! Alhamdulillah, 31 Ogos 2013 genap 56 tahun negara kita merdeka. Soalan lazim sejak dari zaman-zaman sekolah, pasti cikgu-cikgu akan tanya apa itu maksud 'merdeka'? Merdeka itu adalah bebas. Bebas dari penaklukan kuasa lain. Bebas melakukan apa sahaja.. Kita bebas kemana sahaja, bebas melakukan apa-apa pekerjaan. Bebas untuk mendapatkan apa sahaja yang anda impikan.

Namun dalam pada itu, jangan kita lupa saudara kita disana, mereka sedang berusaha untuk memerdekakan negara, menegakkan Islam. Allahurobbi, kuatkan mereka. jom saya kongsikan puisi dari rakan facebook,

Maafkan kami Syria Mesir Palestin rohingya, disaat kami mengira letupan bunga api di langit, kamu mengira berapa ramai tubuh yang syahid. 
Maafkan kami Syria Mesir Palestin rohingya, disaat kami bergembira bersama anak isteri dan keluarga kami, kamu berduka meratapi sanak saudara yang pergi. 
Maafkan kami Syria Mesir Palestin rohingya, disaat anak2 muda kami berpesta berdansa lupa diri, anak2 muda mu bangkit membela agama dan pertiwi. 
Maafkan kami Syria Mesir Palestin rohingya, siapalah kami dibanding dengan diri kamu yang diuji sedemikian oleh Yang Maha Penentu yang lebih mengetahui hikmah disebalik kesemua yang berlaku, 
Doa kami buat kamu, tidak pernah akan luntur. 
Maafkan kami Syria, Maafkan kami Mesir dan maafkan kami Palestin juga rohingya. 
Doa kami tetap bersama2 kamu .


jangan kita lupakan mereka, kita tidak mampu untuk bersama mereka disana, tapi kita tetap bersama mendoakan keamanan negara Islam saudara kita..

31 August ini juga adalah closing time! Alhamdulillah, bersyukur dengan kurniaanNya, closing Ogos ini memberi makna buat saya yang baru mengenali alam bisnes Shaklee. Setelah dua bulan, sepanjang dua bulan itulah juga saya memberi yang terbaik untuk orang yang memerlukan, saya berjaya naik satu anak tangga. Alhamdulillah, itu membuatkan saya lagi eager untuk lebih maju! yahhh, i have BIG dream! inshaAllah, Usaha gigih mampu menjadikan mimpi satu kenyataan...aminnn ya Rabb!

"Keep on giving, keep on sharing.
Never expect something in return. 
At the end of the day,
All the good things will happen to you."



sesiapa yang berminat atau NAKKKKK ubah hidup orang lain dan ubah hidup diri sendiri, 
boleh contact saya:

013-343 9646 | 013-336 1614



Sunday, 25 August 2013

ibuku.. ayahku.. dan aku..

Posted by Unknown at 13:47 1 comments
Assalamualaikum wbt to alls..
selamat berhujung minggu! sudah berzikirkah hari ni? haaa, cepat.. ambil masa 2minit dan ingat Dia..
Subhanallah..Alhamdulilah..Allahuakbar..

Entry kali ni pasal orang tua. orang tua disini adalah orang yang telah berusia, termasuklah kedua ibubapa kita. agaknya, apakah yang mak abah kita tengah buat sekarang ni ye.? sihat tak mereka..? dari jauh kita hanya mampu kirimkan doa, Allah, jagalah kedua ibubapaku, sihatkanlah tubuh badan mereka..aminn!
alhamdulillah kalau mereka sihat walafiat, bagaimana pula jika mereka sedang sakit? terjalankah tanggungjawab kita sebagai anak atau kita sebenarnya hanya melihat, tahu tetapi kita telah abaikan mereka.!!

rata-rata orang tua di Malaysia, apabila telah mencapai umur >50tahun mengalami pelbagai masalah dan kurang qualiti hidup. bagaimana saya boleh berkata begitu?lihatlah kat hospital-hospital, klinik-klinik.. ramai golongan warga tua yang 'check-in' di ward.

 suatu hari nanti kita pun akan begitu..boleh kah guna statement seperti itu?? ohh tidakk!! saya tidak sanggup! saya ingin menghabiskan masa tua saya bersama anak cucu cicit yang comel, bermain bersama mereka dan tentulah saya ingin kuat tubuh badan untuk menjalankan ibadah di saat-saat akhir hidup!

ibubapa anda juga begitu! mereka tidak mahu menghabiskan sisa hidup di hospital, menganggung kesakitan dan terabai!

HIDUP ANDA SEKARANG PENENTU MASA TUA ANDA! amalkan gaya hidup sihat, ambil langkah pencegahan, dan untuk ibubapa anda, ambil langkah pengawalan supaya mereka masih mempunyai qualiti hidup yang sempurna!

disebabkan Qualiti hidup yang diutamakan, SHAKLEE menyediakan makanan tambahan yang mampu membantu anda serta orang tua untuk masa hadapan anda yang sihat dan bebas penyakit.

pelbagai makanan kesihatan yang disediakan seperti ESP, Vita-lea, Osteomatrix, VitaminC, Vitamin B complex, Vivix, Omega Guard, AJHT,Lecihin, Alfalfa serta banyak lagi...

setiap daripada supplemen tersebut telah diuji dan disahkan oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.  ia adalah produk yang diiktiraf! ianya mampu membantu anda meningkatkan Qualiti hidup sehingga ke hari tua! inshaAllah.

*nenek saya, Meriam Hj. Yusof, 73tahun juga pengamal produk Shaklee sejak 2003. Alhamdulillah.. masih kuat, bertenaga, tiada penyakit darah tinggi, tiada penyakit kencing manis..masih mampu berjemaah 5kali sehari dimasjid ;)

semoga semua anak-anak terbuka hati untuk memberi yang terbaik untuk ibubapa mereka, semoga Allah melindungi, menjaga dan menyihatkan tubuh badan kedua ibubapa. begitu juga kita suatu masa nanti. aminn..
apalah sangat setakat menghabiskan rm100-rm200 untuk ibubapa kita setiap bulan berbanding nilai wang dan nilai kasih sayang yang telah mereka curahkan kepada kita sehingga sekarang..

hayati video ini...

untuk dapatkan set kesihatan optimum untuk anda atau keluarga anda, pm saya

ADNI HAZUANIS ADNAN
013-3361614 |013-3439646
SHAKLEE, HEALTHY AND BEAUTY

terima kasih kerana sudi meluangkan masa, membaca dan bermuhasabah ;)

Wednesday, 14 August 2013

rezeki dari Allah, usaha dari kita

Posted by Unknown at 12:04 0 comments
Assalamualaikum wbt to all sisters and brothers......
selamat pagi 7syawal dan selamat berpuasa bagi yang puasa enam..
Alhamdulillah, syukuri nikmat dari Allah. bila kita bersyukur, Allah akan tambah lagi tambah lagi lagi dan lagi.. inshaAllah...

rezeki itu dapat diterjemah dalam pelbagai aspek. rezeki dari segi kelapangan waktu, kesihatan tubuh badan, zuriat, duit atau pelbagai lagi... rezeki itu dari Allah, bukan dari manusia atau dari apa-apa selain Allah.
dan sekarang cikmanis ingin berkongsi kegembiraan. Alhamdulillah, dapat rezeki hadiah kepada usaha yang tak seberapa. haa, ni usaha yang tak seberapa, kalau kita usaha lagi lagi dan lagi mesti dapat lebih lagi kan...!! yeay, Alhamdulillah.. semakin bersemangat!

rezeki yang Allah bagi pada cikmanis melalui bisnes online ni. walau tak banyak tapi tetap nak share jugak. yelaa, ni bonus bulan pertama join shaklee kan. of course laa sedikit teruja.. wink..wink..


aada juga hadis sahih yang menguatkan lagi fakta perniagaan adalah punca rezeki..

Dari Rafi' bin Khadij dia berkata,
قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ قَالَ « عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ »
"Ada yang bertanya pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: "Wahai Rasulullah, mata pencaharian apakah yang paling baik?" Beliau bersabda, "Pekerjaan seorang laki-laki dengan tangannya sendiri dan setiap jual beli yang mabrur (diberkahi)." (HR. Ahmad, Ath Thobroni, dan Al Hakim. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)
untuk berkahnya suatu perniagaan, adalah ingin cikmanis ingatkan disini, jauhi riba!! haa, bila berkat, inshaAllah tak putus rezeki dari Allah..
وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” (QS. Al Baqarah: 275)
so, sekarang ada tak sesapa berminat nak berniaga..??? jom kita berniaga. haa, bagi sesapa yang berminat nak jadi INDEPENDENT DISTRIBUTOR untuk produk SHAKLEE. pendaftaran hanya rm65 sahaja!! bleh terus contact saya. jom jom!!

012-3361614 | 013-3439646

#Ya Allah, murahkanlah rezeki aku...permudahkanlah jalan hidup aku... kuatkanlah semangat aku... jadikanlah aku insan yang berjaya dunia dan akhirat... amin.

 

little gift from a big heart Copyright © 2009