Wednesday, 18 December 2013

MENCUBA BUKAN HANYA DENGAN SEKALI

Posted by Unknown at 10:39
kriikk..krikk..

Entry dimulakan dengan soalan...

Agak-agak masa zaman sekolah dulu takde homework, takde exam, takde latihan kita boleh berjaya tak..?

Agak-agak founder resepi ayam goreng paling pemes kat dunia ni sekali buat terus sedap sampai menjilat jari ke?

Agak-agak pereka cipta telefon dulu sekali buat terus jadi telefon kaaa..??

Soalan last..very common, agak-agak masa kita kecik dulu kita terus boleh berjalan ke?




So, kalau kita memang dah tahu jawapan kepada setiap soalan kenapa hari ini kita harus give up. No. no, no.. Yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Itulah kejayaan, kalau tidak berusaha ia tidak akan datang kepada kita.

Bukankah Allah telah menyatakan: “Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya”

Kita ambil satu contoh..


Pengasas resipi KFC, Kolonel Sanders memulakan perniagaan semasa berusia 60 tahun. Umur yang agak lewat berbanding kita serta pembaca-pembaca lain, mungkin.. Beliau menerima bantuan RM380 daripada Tabung Sosial, dan dengan duit itulah beliau mula merasakan perlu melakukan sesuatu.
 
Ketika mula memperkenalkan resipi ayam keluarganya, pakcik Kolonel tu tak pernah putus asa mengetuk pintu dari rumah ke rumah untuk menjual dan mendapat pelanggan yang pertama. Yang pertama okey, bukan menambah pelanggan.

Beliau juga ke 100 lebih buah restoran dan ditolak oleh pemilik restoran kerana tidak yakin dengan resepi tersebut. Namun kini, restoran KFC tu hanya di depan rumah anda. Tak perlu dijual kesana sini, tapi kita yang mencari KFC.

Bagaimana dengan kita? Takkan hanya dengan sekali, 3 kali, 10 kali gagal,  kita terus putus asa??
Sikap putus asa tidak akan menjadikan kita lebih baik, namun ia akan meletakkan kita di tempat paling corot.

Sangat memberi inspirasi cerita tadi kepada cikmanis. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Kalau cita-cita yang dulu tidak tercapai, kenapa hari ni nak biarkan jalan kepada cita-cita yang sedia terbuka menjadi semak samun dan tertutup?

Alhamdulillah. Cikmanis dah berada di jalan ni, yang perlu hanya usaha. Dah ramai orang mencipta kejayaan melalui jalan ni, kenapa nak dibiarkan..Usaha perlu berganda-ganda untuk mendapat hasil yang berganda-ganda.

Cikmanis takmau dah hidup sempit walau bekerja bulan-bulan dapat gaji. Cikmanis takmau dah bagi mak abah hanya 2,3 ratus sebulan. Cikmanis takmau dah tengok orang lain ja berjaya. Cikmanis pom kena berjaya!

Sebelum ni, dah banyak yang cikmanis lalui walau tidak seteruk yang lain. Dah  banyak kata-kata negatif yang cikmanis singkirkan, dah ramai orang-orang negatif yang cikmanis positifkan untuk terima diri cikmanis sebagai 'penjuai obat'.

Dah ramai customer yang mula percaya kepada cikmanis, dah ramai yang mula mencari walau kita tidak mencari. Alhamdulillah.

Walaupom masih ada customer yang main-main, orang-orang yang tidak memberi sokongan, kata-kata sindiran, itu semua kita harus buat sebagai nasihat kepada diri. Cikmanis takkan mengiyakan kata-kata negatif mereka,  takkan merasa rendah diri.

Kata dalam diri, " Mereka yang gagal sahaja yang sentiasa negatif dan berputus asa. Orang positif pasti akan bangkit dan berjaya. Belum pernah ada walau satu pom cerita dongeng, fakta, atau kisah benar yang mana orang putus asa yang berjaya. Yang ada hanyalah ORANG POSITIF DAN TIDAK PUTUS ASA PASTI BERJAYA"

Cikmanis mohon doa dari semua orang.

"Moga Adni Hazuanis binti Adnan jadi orang yang berjaya, kaya dunia dan akhirat, jadi insan yang memberi nilai kepada masyarakat, mampu berbakti kepada semua. ameeen, ya Rabb"
Robbi yassir, wala tu'assir..

"if you never give up, you will be successful - Dan O'Brien"


0 comments:

Post a Comment

 

little gift from a big heart Copyright © 2009