Showing posts with label CERITA CIKMANIS. Show all posts
Showing posts with label CERITA CIKMANIS. Show all posts

Tuesday, 25 March 2014

JALAN KEJAYAAN ATAU SEBALIKNYA??

Posted by Unknown at 12:55 0 comments
Assalamualaikum wbt.

Cikmanis nak bebel kat diri sendiri tengahari ni. Yelah, kenapa entah rasa malas sangat. Mood taktau kemana. Haihh, apo nok jadi ni jangg~

Sendiri fikir, sendiri muhasabah, sendiri cakap kat diri sendiri, sendiri bebel...

Kesiaaaannnnn....kesian kat diri sendiri sebab malas. Haihh, jalan dah ada, kenapa malas sangat nak angkat kaki dan teus berjalan??

Cuma jalan je, kutip bunga bunga tepi jalan untuk dihias hujung jalan. Allahu.. Allah bantu orang yang nak berjaya, tapi kalau diri sendiri tak mampu tolong diri sendiri, acanerr??

Terjun masuk gaung lah senang!

Man jadda wajada. Siapa berusaha dia berjaya. Come on babe!

Bangun, buka mata, segarkan minda, teruskan perjalanan. Jangan berhenti di pertengahan jalan, silap-silap kena langgar lori nanti!

Sendiri pilih inginkan jalan kejayaan atau sebaliknya.
Untuk mencapai kejayaan. Mesti ada impian dan cita-cita.

Apa cita-cita kita? Tanya diri. Apa aku nak sebenarnya? Apa impian aku...

  • kehidupan yang mewah, senang.
  • free financial. orang mintak duit boleh kasi bila2 masa je.
  • orang mintak tolong boleh tolong bila-bila masa je.
  • bagi mak abah senang. monthly boleh bagi rm2k. biar mak bapak aku senang pulak. dorang lama dah susah.
  • nak p mekah. wajib p!
  • bagi kebahagiaan untuk anak2 dan suami.
  • no money no love. hohh?? yess!
  • nak jadi ladyboss!!! monitor pekerja dari rumah je!
Haihhhh, cepatlahhhh kaya!! eh, nak kaya tapi takmo usaha??

ketuk diri sendiri :D

Saturday, 22 March 2014

LET'S MAKE A MOVE

Posted by Unknown at 12:16 0 comments
haloooo, Assalamualaikum uolsss! ;)



Now, cikmanis ada kat kampung! Emmmphh segar nyaman udara kat sini aih! Kat KL dah puas duk sedut jerebu, kali ni balik rehat kat kampung!

Balik ni sat jaa, 3hari only! tak dapet nak cuti lama2, sebab nanti nak apply cuti lamaaaaaa... hewhew :D

Sementara cuti ni, tak buat apa, update diri, update blog yang tak berapa aktif, update bussiness mind!

Oh hoooo.. Bussiness! Aduii semenjak dua menjak ni, bisnes dah di 'anaktiri'kan. Ampunkan mommy yaa, terlalu sibuk dengan kerja hakiki, terpaksa letak tepi kejap.

Tapi mommy tak tinggal pom bisnes ni, jangan risauuuu!

Okay, let's make a move dear bussiness!

#Alhamdulillah.

Sekarang ni cikmanis tengah siapkan modul untuk coaching anak2 nanti. So, senang. Modul buat sendiri. Special punye untuk buah hati anak2ku sayang! hehe

Semangat sikit nak buat coaching bagi anak2 pahammmm apa itu bisnes ni. Usaha ni, tapi kalau anak2 nak duk takok lama jugak, mommy xleh nak pushhh lebih dah.

'Lantaklah kau labu...kesiann.~', itu je yang mommy leh lafazkan.

oke2, cukup! Takmo merapu lebih.

Cikmanis nak sambung buat kerja. Bismillah...
ni gambar petang semalam, cikmanis bawak anak sedara p tengok 'epeng' kat airport. [epeng=airplane]


Saturday, 8 February 2014

TO-DO-LIST

Posted by Unknown at 09:48 0 comments
Good morning everyone!

Selamat berhujung minggu.

Short topic and short description for today!

TO-DO-LIST.

Okay, weekend ni apa plan korang yaa..

Duk rumah saja?
Keluar dengan buah hati?
Keluar dengan member?
Kemas rumah?
Termenung depan pc?

Ohss, Cmon lah all babiesss.... jom fikir, sehari ni nak buat apa ya.

Jangan buang masa! Jangan bazir usia anda!

sehari hari makin bertambah, and kita masih belum buat apa2..

What a rubbish person! opsss~

Jom ubah sekarang! let's list what to do.

Set target, apa yang kita nak selesaikan hari ni.

At least kalau kita tidak mampu siapkan semua dalam masa sehari ni, kita telah siapkan sebahagian.

kan kan kan??

Allah tidak suka hambaNya yang membuang masa dengan lagha. Dan ramai antara kita masih tenggelam dalam masa.



 "Demi masa (`asar) sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang saling wasiat mewasiatkan dalam perkara benar dan (memerlukan) sabar" [Surah al-`Ashr (103)]

Rugi.. sangat rugi..

So, sekarang jom list kan apa yang anda nak buat dan target anda hari ni..!!

1) Pastikan target yang pertama adalah solat  cukup 5 waktu di awal waktu ;)
2)...
3)...


Semoga hari anda diberkatiNya ;)

with love,
cikmanis






Friday, 20 December 2013

Diary Disember 2013

Posted by Unknown at 01:41 0 comments
Assalamualaikum readers..

Disember 2013 ni banyak cerita nak kongsi. Tapi disebabkan blog ni sakit tak cukup bitaming (vitamin) semua tertangguh. okeh takpa.. kita cerita sekarang!

1 Dis 2013, cikmanis hepy sangat buat bisnes Shaklee (Shaklee, Healthy & Beauty) sebab closing November dah efektif supervisor dengan sendiri..! Alhamdulillah... rezeki Allah bagi di bulan istimewa. Alhamdulillah, bonus bulan ni sempatlaa nak tanggung family vacation, makan-makan, servis kereta, beli baju..sedekah kena sebut ke tak..?? Bila di sebut katanya riyak, tak sebut katanya tak mensyukuri kejalan yg baik.. syhh diam-diam aja yaa.. auww..auww.!! ;) Aim bulan ni nak naik senior supervisor. InshaAllah!! Permudahkanlah ya Allah....
Alhamdulillah.. bila agak2 nak jadi master eh... hohoho
3 Dis 2013, Happy birthday to cikmanis.. yeahh, genap umo cikmanis yg memang sweeet ni 25 tahun. Baru 25 tahun, mak kata... "Hazuanis, 25 tahun tu muda lagi.. sabar...".. opss, sabar apa mak?? kuikuikui~ tak de apa lah.. gurau-gurau mak dengan anak. hehe
Alhamdulillah, dah 25 tahun cikmanis bernafas, berjalan, mencari pengalaman hidup atas muka bumi Tuhan yang memang banyakkkk sangat tipu daya. Allahurobbi, semakin bertambah umo, semakin banyak pengalaman. Moga cikmanis jadi hamba yg bertaqwa, jauh dari kelalaian dunia.. aminnn

celebrate sekaliguss.. ekceli 3 orang dari kami adik beradik adalah dec baby.. auww
7 Dis 2013, family vacation ke Melaka Negeri Bersejarah... yeayy!! seronokkk beronok-ronok okeyy. Bukan senang nak gathering sefamily anak-beranak pergi melancong bersama, semua masing-masing busy. Alhamdulillah.. Allah bagi peluang ni untuk kami. Thank you Allah.
woww, pengalaman pertama naik jagosss, eh gajoss..! Hafiy seronok lebihhh~

we are food hunterrrr...!! hahahaha, seram takk??

lepak-lepak bersama keluarga, kenangan terindah!

makan lagiiiiii..... ramai kan ahli keluarga kami. hihi
13 Dis 2013, adik jate cikmanis menang MOE Entrepreneural Award mewakili UITM. Alhamdulillah rezeki Allah bagi untuk adik jate Adni Hazimee Adnan yg memang rajin bekerja. Syukur sangat seawal usia adik jate, dia telah pun ada bisnes sendiri, iaitu bisnes KB Burger Bakar. Siapa yg duk area Kota Bharu boleh la try burger tu. heheee
congratss adik jate.

masuk tibi 5 saat




krikk..krikkk... 20 Dis 2013, iaitu esokkkk, cikmanis balik kampung. yeayy..!!! family gathering lagiiii~ sebenarnya ada kisah disebalik kisah terjadinya family gathering lagi weekend ni. Hurmm, alkisahnya rancangan Allah sangat hebat. Apapom, Allah knows well. enjoyyyy time bersama family lagi..! ;)

miss you mak..!


Sekian, entry untuk malam ni.
**psssst.. sebenarnya cikmanis tengah kerja shif malam ni, nasib baik semua patient dah tido, calm je.. boleh laaa bercerita dalam blog hati besar nii.. hehe**

tata, jumpa lagi~



Wednesday, 18 December 2013

MENCUBA BUKAN HANYA DENGAN SEKALI

Posted by Unknown at 10:39 0 comments
kriikk..krikk..

Entry dimulakan dengan soalan...

Agak-agak masa zaman sekolah dulu takde homework, takde exam, takde latihan kita boleh berjaya tak..?

Agak-agak founder resepi ayam goreng paling pemes kat dunia ni sekali buat terus sedap sampai menjilat jari ke?

Agak-agak pereka cipta telefon dulu sekali buat terus jadi telefon kaaa..??

Soalan last..very common, agak-agak masa kita kecik dulu kita terus boleh berjalan ke?




So, kalau kita memang dah tahu jawapan kepada setiap soalan kenapa hari ini kita harus give up. No. no, no.. Yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Itulah kejayaan, kalau tidak berusaha ia tidak akan datang kepada kita.

Bukankah Allah telah menyatakan: “Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya”

Kita ambil satu contoh..


Pengasas resipi KFC, Kolonel Sanders memulakan perniagaan semasa berusia 60 tahun. Umur yang agak lewat berbanding kita serta pembaca-pembaca lain, mungkin.. Beliau menerima bantuan RM380 daripada Tabung Sosial, dan dengan duit itulah beliau mula merasakan perlu melakukan sesuatu.
 
Ketika mula memperkenalkan resipi ayam keluarganya, pakcik Kolonel tu tak pernah putus asa mengetuk pintu dari rumah ke rumah untuk menjual dan mendapat pelanggan yang pertama. Yang pertama okey, bukan menambah pelanggan.

Beliau juga ke 100 lebih buah restoran dan ditolak oleh pemilik restoran kerana tidak yakin dengan resepi tersebut. Namun kini, restoran KFC tu hanya di depan rumah anda. Tak perlu dijual kesana sini, tapi kita yang mencari KFC.

Bagaimana dengan kita? Takkan hanya dengan sekali, 3 kali, 10 kali gagal,  kita terus putus asa??
Sikap putus asa tidak akan menjadikan kita lebih baik, namun ia akan meletakkan kita di tempat paling corot.

Sangat memberi inspirasi cerita tadi kepada cikmanis. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Kalau cita-cita yang dulu tidak tercapai, kenapa hari ni nak biarkan jalan kepada cita-cita yang sedia terbuka menjadi semak samun dan tertutup?

Alhamdulillah. Cikmanis dah berada di jalan ni, yang perlu hanya usaha. Dah ramai orang mencipta kejayaan melalui jalan ni, kenapa nak dibiarkan..Usaha perlu berganda-ganda untuk mendapat hasil yang berganda-ganda.

Cikmanis takmau dah hidup sempit walau bekerja bulan-bulan dapat gaji. Cikmanis takmau dah bagi mak abah hanya 2,3 ratus sebulan. Cikmanis takmau dah tengok orang lain ja berjaya. Cikmanis pom kena berjaya!

Sebelum ni, dah banyak yang cikmanis lalui walau tidak seteruk yang lain. Dah  banyak kata-kata negatif yang cikmanis singkirkan, dah ramai orang-orang negatif yang cikmanis positifkan untuk terima diri cikmanis sebagai 'penjuai obat'.

Dah ramai customer yang mula percaya kepada cikmanis, dah ramai yang mula mencari walau kita tidak mencari. Alhamdulillah.

Walaupom masih ada customer yang main-main, orang-orang yang tidak memberi sokongan, kata-kata sindiran, itu semua kita harus buat sebagai nasihat kepada diri. Cikmanis takkan mengiyakan kata-kata negatif mereka,  takkan merasa rendah diri.

Kata dalam diri, " Mereka yang gagal sahaja yang sentiasa negatif dan berputus asa. Orang positif pasti akan bangkit dan berjaya. Belum pernah ada walau satu pom cerita dongeng, fakta, atau kisah benar yang mana orang putus asa yang berjaya. Yang ada hanyalah ORANG POSITIF DAN TIDAK PUTUS ASA PASTI BERJAYA"

Cikmanis mohon doa dari semua orang.

"Moga Adni Hazuanis binti Adnan jadi orang yang berjaya, kaya dunia dan akhirat, jadi insan yang memberi nilai kepada masyarakat, mampu berbakti kepada semua. ameeen, ya Rabb"
Robbi yassir, wala tu'assir..

"if you never give up, you will be successful - Dan O'Brien"


Tuesday, 17 December 2013

testing 3,2,1..

Posted by Unknown at 21:07 0 comments
testing..
testing..
3,2,1..
testing...
1,2,3..

ehemm..!

Assalamualaikum. Wah.. dh lama tak update blog. Aritu blog ni ada problem.
Bukak je blog comey ni, terus ketaq2 mcm parkinson. Blog ni tak cukup vitamin kot nahh.
ekekekeke... cik manis bukan reti sangat bab blog ni. Buta IT. hoho~

Tapi sekarang Alhamdulillah.. nampak macam dah okeyyyyy jaa..
Blog jangan buat hal lagi yep!


Saturday, 14 September 2013

YEAHH...!! TAK SEMPUT DAAA..

Posted by Unknown at 11:08 0 comments
Assalamualaikum to all readersss!!

Cerita cik manis hari ni pasal semput..! opppsss... semput??? 

Haa.. cikmanis ni dah berusia dah sekarang. Nak kata tua tu xdela tua sangat.. tapi dah sesuku abad la jugak bernafas pakai paru-paru dan sistem pernafasan yang sama ni..

Dolu-dolu.. zaman muda kalau suruh lari pusing padang 2 round boleh lagi. Pernah masuk 'askar' la katakan (PALAPES jew).. Tapi dah lama pencen, sekarang kalau suruh lari mahunya 50meter dah semput...hehe


Sejak dua menjak parking kat HKL dah banyak yang tutup atas sebab under renovation, cikmanis kena jalan kaki untuk ke wad tempat bekerja. Parking yang saaaaaaaaaaaaaaaaaangat jauh dari wad (berhampiran IJN). Haa, kalau korang biasa ngan HKL korang tahu laa. Agak-agak 1km jugak kot! 

Jarak perjalanan dari parking ke wad tu dah la jauh, lepas tu cikmanis prefer naik tangga untuk kesihatan jantung la kan..hehe, sampai depan pintu wad, fuhhhhhhh lega! Semput.. memang semput..

Masa tu cik manis belum try lagi satu produk shaklee ni. Haa, kebetulan bulan september ni promo benda ni, cikmanis pun study la pasal produk ni.. Study punye study pasal supplemen ni.. Tergerak hati, 'aku jual mestila aku kena try dulu baru boleh cerita kat orang!'



Apa lagi... beli teruss CoQhealth shaklee. Takde la mahal sangat tapi berbaloiiii... Yela cik manis beli dengan harga ahli, tak kisah mahal pun sebab bulan depan dapat balik duit kita, hehe, ye dokk..? Kalau korang nak jugak beli, makan, sihat dan tunggu bonus masuk macam cikmanis kena la jadi ahli jugak. Untungnyaaaa jadi ahlai Shaklee..

Okeh sambungan cerita semput.. Mula-mula makan, dup dap dup dap... 'uih, bakpo sero nalimm.' (kenapa rasa berdebar)..??

Relate balik dengan apa yang cik manis study, CoQ10 meningkatkan ATP(tenaga) di sel jantung. So, jantung akan berdegup lebih laju untuk mengalirkan darah keseluruh badan. Dengan itu, perjalanan darah keseluruh badan akan lancar! 

HOooo... patutlaa.. Jangan Risau! Tiada yang pelik disitu ye.. Bila rasa berdebar, lakukan senaman pernafasan dalam. Tarik nafas dalam 10 saat, lepassss....  Buat 3 kali, inshaAllah hilang debaran tuhhhh..

Masalah semput nak berjalan jauh, naik tangga, berlari-lari tak de dah..Alhamdulillah...


Apa yang cik manis study jugak, CoQhealth plus ni mesra dengan kulit kita jugak. Yelaa, once perjalanan darah lancar, semua sistem akan badan akan lancar. Lepas ni kalau cik manis bertambah putih gebuss jangan jelessss! Kalau nak putih gebusss macam cikmanis meh kita amal makan ni..

Jerawat pom dah semakin suruttttt.. haa, ni yang best!! Cik manis consume CoQHealth + GLA +VitE + ESP dan malam sebelum tidur of course laa cik manis minum Collagen Powder Shaklee dan tempek kat muka sikit.. 


OKeh habiss daa cerita semput. Penyelesaiannya, pengambilan CoQhealth Shaklee!!

Kalau korang pom ada masalah yang sama, boleh la cuba CoQhealth plus ni. Ehh, bukan untuk orang muda je tau, mak-mak abah-abah kita, dan sebenarnya CoQhealth ni penting diambil oleh individu yang mengalami masalah sakit jantung (atas keizinan doktor)..

Bawah-bawah ni ada testimoni pengguna CoQhealth plus Shaklee... Kalau anda berminat, nak try boleh hubungi saya..

ADNI HAZUANIS ADNAN
013-3439646 | 013-3361614
SHAKLEE, HEALTHY AND BEAUTY

sumber: google





SUMBER:GOOGLE



STAY HEALTHY AND BEAUTY WITH ME ;)







Thursday, 12 September 2013

The More You Give..The More You Get Back

Posted by Unknown at 08:47 0 comments
Sabda Nabi SAW: “Tiadalah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah,” (riwayat Muslim). 


Alhamdulillah.. Masuk lagi bonus bulan kedua. Usaha sikit, sikitlah hasilnya. Usaha banyak, Banyak lah hasilnya. Alhamdulillah, bonus bulan ni menyamai sebulan gaji saya sebagai 'misi'!! Bukan nak menunjuk, bukan nak riak. Saya cuma ingin membakar semangat orang-orang yang diluar sana yang masih ragu-ragu untuk berbisnes!

Kenapa masih ragu?? 9/10 rezeki itu adalah dari perniagaan. Yakin lah! Rezeki itu dari Allah, tapi usaha itu perlu bersungguh-sungguh. Allah tidak akan beri rezeki kepada yang tidak berusaha. Allah tunjukkan jalan, kita sendiri harus berusaha mencarinya. 

Jadilah orang yang mampu menambah nilai hidup orang lain. Apa ertinya kita hidup andai kita tidak mampu untuk membantu orang yang memerlukan?? Sejujurnya saya sangat sedih, terkilan apabila melihat kesusahan orang lain yang betul-betul memerlukan tapi saya tidak mampu untuk membantu. 



Di akui, hasil pendapatan bulanan yang kita dapat memang cukup. Tetapi hanya cukup untuk diri kita. Bagaimana kita ingin menambah nilai hidup orang lain kalau kita sendiri sekadar cukup? Alhamdulillah. Bila kita ada lebih, kita mampu bagikan sedikit dengan orang lain tanpa memudaratkan kita. 

Bak kata sifu, Dr.Azizan Osman, 'the more you give, the more you get back!'.  Yep!! Bila kita ada, kita mampu, berbagilah dengan orang lain.. Allah tidak akan kurangkan rezeki kita.. Malah ia akan menambahkan lagi rezeki untuk kita..

Berbalik kepada persoalan tadi, bagaimana kita nak berbagi kalau pendapatan kita hanya sekadar cukup?? 
Ayuhhh, mulakan langkah sekarang.. Niatkan dalam hati untuk membantu orang. InshaAllah, Allah permudahkan jalan. 

Sampai bila harus menunggu?? Jalan telah ada, mulakan langkah anda sekarang!! 

WIT LOVE,
CIK MANIS


SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
(ID:989451)
013-3439646 | 013-3361614


*wanna join us? just feel free and comfy to pm/wasup me. Let's start bussiness!! Let's make more money.


Tuesday, 3 September 2013

RINTIHAN-Hijjaz

Posted by Unknown at 23:46 0 comments

berlinangan air mata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman…
Kan hancur semuanya
Walaupun menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima…

( korus )
Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya berkuasa segala-galanya
Terima seadanya


Monday, 2 September 2013

TERJADINYA AKU SEORANG JURURAWAT

Posted by Unknown at 09:53 0 comments


2SEPTEMBER2013, genap 1tahun 4bulan terjadinya aku sebagai seorang jururawat. Opsss, macam mana boleh terjadi?? Ramai menanyakan soalan yang sama. "Eh, ko memang minat nak jadi misi eh?".. Urghh.. menyampah bila orang tanya. Sebabnya cikmanis tak minat langsung nak jadi misi. Yang paling penting cikmanis takutttttttt Hospital! hohoho

Ceritanya bermula begini, pada suatu hari terikut kawan pergi isi SPA online, terklik nak jadi misi, ehhh terus tersampai surat panggilan interview misi. Mak aiiihh, takde niat pun nak jadi misi. Time tu tengah buat kursus kat Kolej Matrikulasi Kedah program 1 tahun. Cuba teka siapa orang yang paling eksaited suruh cikmanis g interview? Haa, kompem laa ibunda tercinta. Ha, nasib baik tengah final exam, so tak payah pegi interview. yeay!

Panggilan kedua, tak pergi jugak..Clash ngan final exam kt 'U'.. Panggilan ketiga, adoiii.. nak tak nak.. Terpaksa rela! Haha.. takpelah, orang kata berkat dengar kata ibubapa. Dengan berpegang pada kata-kata tu, terkuatkan kaki melangkah ke bilik temubual. Pot pet pot pet.. terselesai lah sudah...

Tak sampai sebulan, panggilan untuk menjalani Kursus Kejururawatan!! Itu bermakna, cikmanis terberjaya interview tuu. Nak tak nak.. Terpaksa rela jugak..

1Jan2009 bermula lah kehidupan baru sebagai seorang student nurse.. stress, mana taknya nak adapt ngan situasi baru tanpa minat. adoi..terajin la pulak studynyaa sampai terhabis belajar. Tak tahulah dari mana semangat nak terajin study tu.. cikmanis percaya, tu berkat doa seorang ibu. Alhamdulillah :)

31Dis2011 terhabis dah kursus tiga tahun. Dalam tiga tahun macam-macam drama sedih gembira pahit manis yang cikmanis lalui.. Alhamdulillah.. Sekarang terjadilah cikmanis seorang misi.. Terjatuh cinta lah sudah cikmanis dengan karier ini. Takde dah, words yang kata, "ishh takutnye nak kerja kat spital..!!!"

Itulah, hebatkan aturan Allah. Kita tak pernah terfikir pun sesuatu itu akan berlaku kepada kita, semua rahsiaNya. Dia lebih mengetahui yang terbaik buat diri kita. Apa yang kita rasa tak elok tu mungkin sebenarnya adalah yang terbaik. Yang penting kita haruslah berlapang dada, pasti ada jalan terbaik Allah sediakan. Hikmah dengar kata ibubapa jugak tu, sweet kan hikmahnya. hehe.. Banyak sumbangan rupanya bila jadi seorang misi. Kita boleh bantu orang. Allah, moga cikmanis menjadi misi yang mampu memberi banyak sumbangan kepada orang ramai.aminnn...

haa, if uollsss ada apa-apa masalah boleh la contact saya yep! hehe ;)

jemput dengar lagu kami sedia membantu..



Sunday, 1 September 2013

COACHING BERSAMA "DR.AZIZAN"

Posted by Unknown at 20:06 0 comments
Alhamdulillah, selesai pagi tadi coching bersama duplicate Dr Azizan iaitu saudara Firdaus, seorang mentor yang hebat! Haa, kenapa saya kata dia duplicate Dr.Azizan?? Sebab beliau salah seorang 'anak murid' Dr. Azizan dan meniru 100% apa yang Dr. Azizan telah ajar kepada beliau. Dan sekarang, beliau telah berjaya.. Beliau adalah seorang usahawan dan telah menimba ilmu perniagaan online dari Dr, Azizan. Siapa tak kenal Dr, Azizan? Oh sangat rugiii...
ini dia saya perkenalkan Dr. Azizan Osman

Sebagai seorang yang ingin berjaya, kita mesti ada mentor. Mentor itu mestilah seorang yang hebat, supaya setiap langkah kita sentiasa dapat diperbetulkan. Tak mungkin kita berjaya tanpa tunjuk ajar dari orang lain. Ibarat anak kecil  yang belajar berjalan, perlukan ibubapa untuk memimpinnya. Begitulah juga diri kita.

Memang bestttt sangat coaching pagi tadi. banyak ilmu yang saya dapat. Teknik yang paling mahal sekali yang diajar adalah teknik jemput-jemput. Haa, engko ada??? Itu kelebihan Group kami, saling berkongsi, saling membantu, tidak berkira.. "The more you give, the more you get back!" Pegang prinsip tersebut, bila kita bagi, bagi, bagi dan bagi kat orang, inshaAllah Allah akan limpahruahkan lagi rezeki kepada kita.

Coaching pagi tadi banyak memberi inspirasi kepada saya sampai rasa tak sabar nak balik buat tu, buat ni.
Banyak ilmu yang dicurahkan, inshaAllah ia akan membantu saya dan saya akan ajar pula kepada ahli-ahli group saya.
ahli kumpulan khusyuk mendengar tips-tips berbisnes

setiap kesalahan diperbetulkan oleh mentor supaya tidak terus berjalan dengan senget

mentor menunjukkan teknik 'jemput-jemput'

InshaAllah, saya mendoakan diri saya dan semua ahli group berjaya menjadi usahawan yang kaya dan bertaqwa. Kejar dunia WAJIB kejar akhirat sama. inshaAllah!



Saturday, 31 August 2013

MAGIC RAYA ANUGERAH TERINDAH DAN INSPIRASI

Posted by Unknown at 22:57 0 comments

Alhamdulillah, selesai majlis Magic Raya Anugerah Terindah dan Inspirasi siang tadi yang telah diadakan di Restoran Alamo Kelab Sultan Ismail, Kampung Baru. Majlis yang santai, tapi bermakna. Haa, baru kenal siapa gerangan sebenar yang duk berkomen sesama di laman muka buku group selama ni. hehe..

Paling teruja bila dapat jumpa susur galur nenek moyang group Shaklee ni. PM Cery, Master Hafsah, Master Zahirah, Master Laila, Senior Coordinator Maria dan Firdaus. Haa, bukan senang nak dapat jumpa dekat-dekat, sharing-sharing pasal life mereka berbisnes dan dapat banyak tips, nasihat, pesanan daripada mereka untuk bernafas dalam bisnes Shaklee ni. Yaahh, benar kata mereka, bukan ambil masa sehari untuk mereka berdiri kukuh, menjana pendapatan 5,6 angka sebulan. Semua tu memerlukan pengorbanan, usaha gigih. Yang penting kena ada mentor dan sistem yang betul!

Syukur, sejak masuk bisnes Shaklee dengan group ni, Allah temukan saya dengan mentor yang hebat-hebat, dan paling penting mereka tidak kedekut ilmu! Alhamdulillah, itu bonus buat kami yang join Shaklee dengan group ni. Bukan senang nak berbisnes, silap langkah buang masa buang tenaga. Moga suatu hari nanti saya mampu berdiri seperti mereka. aminn ya Rabb....

Haihh, mereka hebat! Bukan hanya hebat dari segi nilai pendapatan, malah hati dan jiwa mereka. Mereka punya pendapatan 5,6 angka sebulan, namun takde pun handbag LV, CHANNEL, PRADA.. takde pun kereta mewah nilai juta-juta..takde pun baju liplap liplap melaram bagai.. Allahurobbi.. mereka sangat humble, tidak ada riak sombong, bongkak, mahu menunjuk..

Dari situ, dapat disimpulkan, kekayaan itu bukan milik kita. Hanya pinjaman dari Ilahi. Kita ada, kita kongsi dengan mereka yang memerlukan, itu lebih baik. Kekayaan bukan untuk dinikmati seorang diri, jangan jadi tamak seperti Qarun. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah bagi, InshaAllah, Dia akan tambah lagi nikmat itu kepada kita.





Ada tak siapa-siapa yang nak join group kami?
Boleh contact saya

ADNI HAZUANIS ADNAN
013-3439646 | 013-3361614
SHAKLEE, HEALTHY AND BEAUTY

MERDEKA DAY & CLOSING OGOS 2013

Posted by Unknown at 09:01 0 comments


Merdeka!!! Alhamdulillah, 31 Ogos 2013 genap 56 tahun negara kita merdeka. Soalan lazim sejak dari zaman-zaman sekolah, pasti cikgu-cikgu akan tanya apa itu maksud 'merdeka'? Merdeka itu adalah bebas. Bebas dari penaklukan kuasa lain. Bebas melakukan apa sahaja.. Kita bebas kemana sahaja, bebas melakukan apa-apa pekerjaan. Bebas untuk mendapatkan apa sahaja yang anda impikan.

Namun dalam pada itu, jangan kita lupa saudara kita disana, mereka sedang berusaha untuk memerdekakan negara, menegakkan Islam. Allahurobbi, kuatkan mereka. jom saya kongsikan puisi dari rakan facebook,

Maafkan kami Syria Mesir Palestin rohingya, disaat kami mengira letupan bunga api di langit, kamu mengira berapa ramai tubuh yang syahid. 
Maafkan kami Syria Mesir Palestin rohingya, disaat kami bergembira bersama anak isteri dan keluarga kami, kamu berduka meratapi sanak saudara yang pergi. 
Maafkan kami Syria Mesir Palestin rohingya, disaat anak2 muda kami berpesta berdansa lupa diri, anak2 muda mu bangkit membela agama dan pertiwi. 
Maafkan kami Syria Mesir Palestin rohingya, siapalah kami dibanding dengan diri kamu yang diuji sedemikian oleh Yang Maha Penentu yang lebih mengetahui hikmah disebalik kesemua yang berlaku, 
Doa kami buat kamu, tidak pernah akan luntur. 
Maafkan kami Syria, Maafkan kami Mesir dan maafkan kami Palestin juga rohingya. 
Doa kami tetap bersama2 kamu .


jangan kita lupakan mereka, kita tidak mampu untuk bersama mereka disana, tapi kita tetap bersama mendoakan keamanan negara Islam saudara kita..

31 August ini juga adalah closing time! Alhamdulillah, bersyukur dengan kurniaanNya, closing Ogos ini memberi makna buat saya yang baru mengenali alam bisnes Shaklee. Setelah dua bulan, sepanjang dua bulan itulah juga saya memberi yang terbaik untuk orang yang memerlukan, saya berjaya naik satu anak tangga. Alhamdulillah, itu membuatkan saya lagi eager untuk lebih maju! yahhh, i have BIG dream! inshaAllah, Usaha gigih mampu menjadikan mimpi satu kenyataan...aminnn ya Rabb!

"Keep on giving, keep on sharing.
Never expect something in return. 
At the end of the day,
All the good things will happen to you."



sesiapa yang berminat atau NAKKKKK ubah hidup orang lain dan ubah hidup diri sendiri, 
boleh contact saya:

013-343 9646 | 013-336 1614



 

little gift from a big heart Copyright © 2009