Saturday, 31 August 2013

bagaimana menambahkan berat badan?

Posted by Unknown at 11:36
Masalah obesiti atau lebihan berat badan bukanlah suatu masalah yang baru. Di kalangan rakyat Malaysia sendiri memang ramai yang menderita masalah obesiti yang disebabkan oleh pelbagai faktor.

Namun bagaimana pula dengan MASALAH KURANG BERAT BADAN? Selama ini kita lebih banyak memberi tumpuan terhadap usaha untuk menurunkan berat badan berbanding menaikkan berat badan. Justeru apa pula akan terjadi kepada golongan yang mengalami nasib badan terlalu kurus ini?

Sama seperti masalah obesiti, individu yang terlalu kurus juga sering menjadi mangsa ejekan rakan-rakan, mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah, lebih berisiko untuk jatuh sakit dan mempunyai keterampilan diri yang kurang menarik. Jika dibiarkan tanpa mengusahakan sesuatu agar berat badan bertambah, pasti keadaan ini akan mengundang kepada pelbagai masalah dan implikasi lain kelak.

JANGAN RISAU!! Saya akan bersama anda yang mengalami masalah kurang badan dalam usaha untuk menambahkan berat badan anda sekarang dengan bantuan MEALSHAKE dan VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE.
MEALSHAKE
Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Supplement penting untuk menambahkan berat badan yang mana ia mampu menambahkan selera makan. Walau kita kurang makan namun pengambilan Mealshakes ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga. Ia juga sesuai untuk anak-anak yang kurang selera ,makan. cara pengambilannya adalah 2sudu sehari sahaja. jimat kan!

VITAMIN B COMPLEX
Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.
Terdapat pelbagai tanggapan yang berbeza-beza mengenai vitamin B Complex ini. Namun tanggapan yang paling kerap saya jumpai adalah pengambilan B Complex boleh menggemukkan badan. Perkara ini BENAR sekiranya diambil sebelum makan. Ini kerana salah satu fungsi utama B Complex adalah dalam menukarkan makanan kepada tenaga.

Justeru, sekiranya kita mengambil B Complex sekurang-kurangnya setengah jam sebelum makan, badan kita akan menghantar signal kepada otak bahawa perut sudah lapar kerana kesemua simpanan makanan dalam badan telah ditukar kepada tenaga dan badan memerlukan makanan tambahan bagi memenuhi keperluan B Complex untuk menukarkannya kepada tenaga.

Walaubagaimanapun, sekiranya B Complex ini diamalkan sejurus selepas makan, maka ianya akan membantu dalam mengawal berat badan kerana makanan yang telah dimakan tidak akan sempat untuk ditukar kepada lemak dan lebihannya disimpan di dalam badan. 

Di sini saya ingin tekankan bahawa cara pengambilan kedua-dua vitamin ini penting dalam menentukan masalah anda dapat diselesaikan. Oleh itu, bagi tujuan meningkatkan berat badan, B Complex perlulah diambil sebelum makan manakala mealshakes boleh diambil sejurus selepas makan. 

Anda juga adalah disarankan untuk mengambil makanan tinggi kalori serta tinggi protein sekiranya ingin berat badan ideal anda berjaya diperolehi. Jangan sesekali melengah atau tidak makan langsung kerana metabolism badan anda yang tinggi akan menyebabkan makanan yang dimakan cepat diproses dan dihadam.

Saya sediakan juga disini tips untuk menaikkan berat badan:

>>pagi (sarapan)
-wajib diambil. tidak kira hanya segelas air, sebiji telur, sebungkus nasi lemak atau heavy melas yang lain.
-minum susu/apa-apa minuman kegemaran 1 gelas bersama 1sudu mealshake.
-makan vitamin Bcomplex dengan palin water.

>>brunch
-makan roti, minuman tenusu

>>lunch
-nasi satu pinggan + protein (ayam/ikan/daging) + sayuran

>>tea time
-kuih/roti
-minuman 1 cawan

>>dinner
-nasi sedikit + protein + sayuran

>>sebelum tidur
-makan roti sekeping
-susu + mealshake 1 sudu

berminat boleh hubungi saya:

013-3439646 | 013-3361614

0 comments:

Post a Comment

 

little gift from a big heart Copyright © 2009